Thursday, March 17, 2011

BLACK SWAN....SOOOOO THRILLED!!


Pada 3 Mac 2011 lepas, pegi melepaskan gian tengok wayang setelah lama x pegi...cerita yang memang sangat teringin untuk ditonton adelah Black Swan. Lagi2 setelah movie tu menang banyak anugerah dalam Academy Award. Lagi lah teruja nak tengok. Lagi pun saya memang minat kat Natalie Portman. Walaupun tengok wayang seorang diri, x menjadi masalah. So boleh concentrate lebih & ENJOY!!!!


Walaupun baru ditayangkan pada Februari 2011 di Malaysia, di America dah start tayang December 2010 lagi. Filem yg dikategorikan sebagai 'psychological thriller' arahan Darren Aronofsky dan dibintangi oleh Natalie Portman, Vincent Cassel dan Mila Kunis sebagai peneraju utama. Plotnya mengenai sebuah teater ballet Tchaikovsky bertajuk Swan Lake yang bakal dianjurkan oleh sebuah produksi popular New York. Syarikat produksi tersebut memerlukan seorang ballerina yang mampu membawakan watak White Swan yang suci & innocent sekaligus menjiwai watak sensual sebagai Black Swan. Seorang penari bercita-cita tinggi, Nina (Portman) memang sangat sesuai membawakan watak White Swan manakala Lily (Mila) mempunyai bakat Black Swan. Sewaktu dalam percubaan kedua-dua penari ini merebut watak Swan Queen,Nina mula menyedari sisi gelap dalam dirinya.

Watak Nina yang dilakonkan oleh Natalie Portman sangat memberi kesan dalam diri saya. Sangat mengagumkan!!! Bukan mudah membawakan watak seorang gadis yang mengalami simptom psychotic sehingga mengalami delusi yang dasyat dan halusinasi yang berterusan. Seorang yang sentiasa paranoid, membayangkan watak impiannya bakal direbut oleh Lily. Mengalami depressi kerana sering dikritik oleh jurulatih, Thomas Leroy (Vincent Cassel) bahawa dia sentiasa gagal menjiwai watak jahat Black Queen.
Semua keserabutan fikiran yang dialami diolah dengan sangat superb oleh pengarah kerana saya sentiasa berdebar dan fokus untuk mengetahui apa babak seterusnya. Dan klimaks cerita berada semasa teater itu sedang berlangsung. Halusinasi maksimum yang dialami Nina memakan dirinya sendiri. Apa yang terjadi, go find it out. You'll never regret.

Kepada pengarah & penerbit, 2 thumbs up for u all for bringing up such movies. What a brilliant ideas and worth my RM11.00. Saya sangat menghargai filem2 yang keluar dari kepompong kebiasaan dan cerita2 yang cliche. Dalam episod lain akan saya kongsikan antara filem2 kegemaran saya ok! Jumpa lagi :-)!

No comments:

Post a Comment