Di suatu malam, kerana tiada aktiviti mahu dilakukan dan kesukaran mata ini untuk terlelap, saya bercadang menonton filem yang telah sekian lama saya download tapi belum sempat saya tonton...
Ketika Cinta Bertasbih merupakan film Indonesia yang ditayangkan pada 11 Jun 2009 diarahkan olah saudara Chaerul Umam. Filem ini diadaptasi dari novel best seller karangan Habiburrahman El Shirazy bertajuk "Ketika Cinta Bertasbih". Sebaris dengan kejayaan yang dikecapi oleh filem "Ayat-Ayat Cinta", Ketika Cinta Bertasbih merupakan filem terlaris di Indonesia dengan jumlah penonton sebanyak 3 juta orang...IMPRESSIVE....
Filem ini yang dibintangi oleh aktor & aktress hebat seperti:
Kholidi Asadil Alam (Khoirul Azzam)
Watak yang dibawa: Seorang mahasiswa Indonesia yang mengikuti program Sarjana di Universiti Al-Azhar, Cairo yang telah menjalani kuliah selama 9 tahun kerana sering kali tidak lulus. Beliau lebih dikenali sebagai penjual tempe, bakso dan tukang masak serba boleh demi untuk menyara keluarganya yang susah di kampung halaman sejak kematian ayahnya. Tetapi, dalam bab hukum hakam, beliau amat tegas dalam mempertahankan prinsip hidupnya. Seorang yang sangat baik, penyayang kepada para sahabat dan memiliki tokoh2 kepimpinan. Dalam filem ini, beliau menaruh hati terhadap Anna, tetapi terpaksa memendamkan hasrat kerana Anna telah dilamar oleh sahabat baiknya sendiri, Furqan.
Latar Belakang: Berumur 22 tahun. Amat meminati dunia teater sejak kecil. Sebelum berjaya dalam audition untuk watak Azzam, beliau bekerja dengan sebuah perusahaan tekstil dan menjual ayam goreng secara kecil-kecilan. Walau bagaimanapun, sejak dipengaruhi watak Azzam yang dibawanya, beliau terus bercita2 untuk menambah ilmu perniagaan. Kini, beliau mendapat biasiswa dan sedang melanjutkan pelajaran di Harvard Business School.
Oki Setiana Dewi (Anna Althafunnisa)
Watak yang dibawa: Seorang gadis dan muslimah sejati. Warak dan menerapkan cara hidup Islam tetapi bijak dan mempertahankan hak2 seorang wanita. Gigih menimba ilmu sehingga sanggup menolak banyak lamaran dari jejaka yang menginginkannya. Pernah menyukai Azzam atas pertemuan yang tidak terduga namun redha untuk dijodohkan dengan Furqan.
Latar Belakang: berumur 22 tahun berasal dari Palembang dan melanjutkan pelajaran di Universiti Indonesia. Oki sempat berlakon di beberapa FTV sebelum akhirnya memutuskan untuk berjilbab pada tahun 2005. Kariernya di dunia seni pernah berhenti seketika, sebelum akhirnya berjaya dipilih untuk karakter utama wanita dalam cerita Ketika Cinta Bertasbih.
Alice Norin (Eliana Pramesty Alam)
Watak yang dibawa: Anak seorang konglomerat Indonesia yang mengamalkan cara hidup moden dan bebas. Walaupun pernah terpukul dengan prinsip2 hidup cara Islam yang diamalkan oleh Azzam, lama kelamaan dia menyedari yang dia menyimpan perasaan terhadap jejaka tersebut dan sentiasa mencari peluang untuk mendekatinya.
Latar belakang: Alice memulakan karier di dunia model sejak berusia 13 tahun. Selain di dunia modeling, Wanita kacukan Norway- Manado-Sunda yang beragama Islam ini juga pernah menjejaki dunia lakonan dengan membintangi beberapa buah sinetron.
Andi Arsyil Rahman Putra (Furqan Andi Hassan)
Watak yang dibawa: Furqan seorang jejaka yang hidupnya dilimpahi kesenangan dan kemewahan. Bagaimanapun, dugaan datang untuk menguji hambanya. Dia terperangkap dalam sindiket pemeras ugutan yang bakal memusnahkan hidupnya dan kebahagiaannya bersama Anna.
Meyda Sefira (Ayatul Husna)
Watak yang dibawa: Selaku adik kepada Khoirul Azzam. Seorang penulis yang mendapat sokongan dan inspirasi dari abangnya yang tersayang.
Deddy Mizwar (Kiayi Haji Luthfi Hakim)
Watak yang dibawa: Pelakon tersohor Indonesia ini memegang watak sebagai bapa kepada Anna Althofunnisa. Seorang bapa yang mengharapkan yang terbaik dalam pilihan mencari jodoh untuk anaknya.
Niniek L.Karim (Ibu Malikatun)
Watak yang dibawa: Ibu kepada Azzam yang sentiasa merindui kepulangan anaknya yang sekian lama di perantauan.
Didi Petet (Pak Ali)
Watak yang dibawa: Seorang warga Indonesia yang menetap di Cairo. Sangat rapat dengan pelajar2 Indonesia di sana termasuk Azzam.
Habiburrahman El Shirazy (Ustadz Mujab)
Watak yang dibawa: Selaku penulis skrip filem ini, beliau memilih untuk memegang watak sebagai Ustadz Mujab. Ustaz warganegara Indonesia yang menjadi rujukan pelajar2 di Cairo bukan sahaja dalam hal akademik mahupun soal peribadi.
Kita ikuti sejenak snip-it dari filem ini:
oki muslimah jelita. suka tengok dia...
ReplyDelete