Tuesday, May 17, 2011

KONGSI - Lu Langsi...Lu Mati!

Sempena cuti hari wesak yg lepas, me n hubby pergi ngedate tgk wayang...Niat di hati nak layan Fast & Furious 5...Penat2 beratur, sampai depan dah sold out..Nak tgk wayang punya pasal, beli juga la apa2 movie pun...So, ni la yang jadi pilihan kitorang.

Dalam siaran akhbar Utusan Malaysia 19/5/11, dikatakan filem ini berjaya mengutip RM1.08juta pada hari pertama tayangannya. Dan hari ni 24/5/11, Metrowealth mensasarkan RM10juta sepanjang tayangan...Hmmmm, we just wait n see sama ada impian itu akan terlaksana atau tidak.

Sebelum saya mengulas lebih lanjut mengenai filem ini, kita senaraikan dulu pelakon2 utamanya:


SHAHEIZY SAM - Tumulak

FIZO OMAR - ASP Sharif

YANA SAMSUDIN - ASP Olla

BRONT PALARAE - Kempedu

PUTRI MARDIANA -

AZAD JASMIN - Mikail

Kongsi mengisahkan Tumulak, seorang pembunuh upahan dari Thailand yag diupah ketua samseng, Kempedu untuk menimbulkan huru hara di kalangan kumpulan kongsi gelap di Malaysia. farid kamil selaku pengarah memmang berjaya menimpulkan situasi huru-hara dalam pelbagai babak pergaduhan tetapi dalam masa yang sama menghuru-harakan kepala otak saya dengan pelbagai pertanyaan.
Saya dan rakan2 yang menonton, masing2 menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap jalan penceritaan sebenar filem ini. Mengapa Kempedu beria2 menyuruh Tumulak ke Malaysia. Adakah dia berdendam dengan sesiapa? Soalan itu tidak berjawab sehingga habis cerita.
Farid Kamil mengambil jalan mudah dengan mengisi durasi satu setengah jam itu dengan pelbagai aksi lagak ngeri dan jenaka yang saya kira agak menjadi.



Bagi peminat setia Shaheizy Sam, Kongsi adalah satu pengalaman menonton yang menyeronokkan kerana bintang itu mendominasi hampir setiap babak. Sam membuktikan anugerah bintang paling popular yang berjaya dirangkul bukan satu omong kosong apabila berjaya membawa watak Tumulak. Sebagai seorang pembunuh upahan, dia layak digeruni kerana martial art nya,jelingan mata dan imejnya yang misterius. Dalam masa yang sama dia ditertawakan kerana sikap kelam kabut dan gugupnya dalam menggunakan senjata api.
Pada saya jalan cerita Kongsi ini boleh dikupas dengan lebih kemas. Terdapak babak imbas kembali tentang bagaimana Tumulak menjadi orang suruhan Kempedu. Emosi yang ditunjukkan ketika beliau bertemu semula dengan ASP Shariff tidak diolah dengan mantap. Macam main2 pulak....Mungkin Farid kamil tidak mahu menambah terlalu banyak drama dalam filem yang dikategorikan aksi komedi ini.



In a positive way, Farid Kamil berjaya mempamerkan kepakaran dalam menghasilkan adegan-adegan pertarungan dan perkelahian. Babak kejar mengejar di antara Tumulak dan polis di jalan2 utama KL patut diberi pujian. 1st time kereta Evo polis dikluarkan untuk mengejar Nissan GTR (agaknya lah) dipandu Tumulak. gerak kerja kamera yang pantas dan kelicikan Tumulak berjaya menimbulkan perasaan lucu dan berdebar pada masa yang sama. Kos puluhan ribu ringgit mesti burn untuk menjayakan babak menghancurkan sebuah Nissan GTR dan sebuah Proton Waja. wallah!!


Kalau boleh diperbaiki lagi adalah babak di Jalan Petaling dimana babak Sam & Yana melompat tu terlalu 'obvious' dibantu oleh tali. Azad Jasmin berbakat tetapi dalam filem ini dilihat dia terlalu beria-ia dan mencuba. Kemunculan pelawak veteran, Pie sebagai ketua kongsi gelap Melayu memang menjadi dan unexpected...gud job....
Dengan kombinasi pelakon terkenal dan genre popular, filem ini ternyata boleh memenangi hati penonton pawagam. Dari segi teknikal juga menampakkan banyak perubahan dan peningkatan dari aspek sinematografi pengarahan.....WELL DONE!


Macam biasa, kita ikuti snip-it filem ini..Layaaaan:



1 comment:

  1. Assalamualaikum. sy nk bg pndapat cikit tentang ceghita2 kat m'sia khususnya utk director2 muda yg sedang khusyuk membikinkan filem. sy rasa sudah cukup story mory pasal kongsi gelap, pergaduhan, permusuhan, pertelingkahan,perbalahan dan pelbagai 'per' lagi..xpenah ke kita pikir walaupun cuma sesaat bhw orhang kat overseas(penang xkira ea) tgk ceghita yg kta siarkn ni????? ce pikir! kalo kte suh para director komen tentang menjatuhkan maruah melayu sendiri apabila bikin ceghita mcm2 ni, seribu sejuta bahkan sebilion alasan yg dikorek utk diluahkn pd media.. tuntasnya, silalah bikinkan cerita yg ada moral value nya tak kiralah dari segi islamik,peradaban atau sebagainya semata-mata utk mendidik anak bangsa kta sendiri. tak boleh ke para pengarah muda@sudah tak muda bikin cerita mcm cerita KETIKA CINTA BERTASBIH?? Ya Allah, banyak faedahnya. dgn ini barulah dapat menghasilkan umat manusia yg berminda kelas pertama tanpa mengabaikan batas2 syariat. Memang kta akan menuding jari pd pihak yg tak bertanggungjwb yg menarik ank2 ke lembah kehinaan specifically kes2 juana. jgn salahkan sesiapa wahai teman! Tepuk dada tanyalah iman!! Akhir kata, yg baik datangnya daripada Allah yg menciptakan langit dan bumi,mentadbir seluruh alam..dan yang buruk datangnya drp khilaf saya sendiri sebagai makhluk sekali gus hambaNya yg lemah mungkin dr segi upaya,iman dan taqwa.. Wallahua'lam ^^

    ReplyDelete