Sunday, April 3, 2011

PERFECT LOOK 2011

Menurut laporan akhbar New York Post, pakar pembedahan plastik terkemuka di Beverly Hills, Dr Richard Fleming dan Dr Toby Mayer membuat 1,200 kajian terhadap pelanggan mereka bagi mengetahui wajah selebriti manakah dirasakan dapat menghasilkan wajah seorang wanita yang sempurna. Daripada kajian itu mereka membentuk satu wajah berdasarkan anggota tubuh selebriti pujaan wanita dan hasilnya mungkin cukup mengejutkan.


"Angelina Jolie tidak termasuk dalam senarai tahun ini," kata Fleming daripada Institut Pembedahan Estetik dan Pemulihan Semula Beverly Hills memberitahu HollywoodLife.com, walaupun aktres itu termasuk dalam senarai tahun sebelumnya.Fleming berkata, hampir semua pelanggannya merujuk kepada selebriti apabila mereka berkunjung ke pejabatnya untuk sesi rundingan dan prosedur yang menjadi pilihan mereka ialah pembedahan rinoplasti.


Fleming juga mendakwa, kini tiada seorang pun yang meminta untuk rawatan pembesaran payu dara palsu seperti Pamela Anderson. Malah, pelanggan wanita meminta rawatan untuk mengecilkan payu dara supaya kelihatan semula jadi seperti dimiliki Jennifer Aniston dan Beyonce.




Dua pakar perubatan itu menambah walaupun trend di Hollywood mudah berubah-ubah, tetapi bentuk bibir muncung bagi wanita dan rambut lebat bersinar untuk lelaki tetap menjadi kegemaran pelanggan.

"Terdapat bentuk bahagian tubuh yang biasa akan diminta pelanggan dari tahun ke tahun," kata Fleming.

Menurutnya, kulit yang menjadi dambaan ramai tahun ini ialah kulit yang kepucatan seperti Amy Adams yang berada di tempat teratas dalam senarai diikuti oleh Katy Perry dan Gwyneth Paltrow.Ini bukan kali pertama Katy menjadi tumpuan kerana kulitnya - dia kini muncul dalam iklan televisyen di Amerika Syarikat sebagai duta bagi rawatan antijerawat Proactiv.



Menurut Fleming dan Mayer yang terkenal di kalangan selebriti antarabangsa, hasil kajian tahunan ke-14 mereka menunjukkan walaupun pelanggan tidak mahu kelihatan serupa dengan selebriti pujaan mereka, tetapi mereka tetap mahukan rawatan mengikut wajah atau anggota tubuh selebriti berkenaan.

"Pelanggan menjadikan Hollywood sebagai rujukan untuk mereka mencapai standard kecantikan," jelas Fleming, pengarah bersama Institut Pembedahan Estetik dan Pemulihan Semula Beverly Hills dengan rakannya, Mayer.


PENELOPE Cruz - Tubuh sempurna


TAYLOR Swift - Rambut sempurna


ANNE Hathaway - Mata sempurna


NATALIE PORTMAN - Hidung sempurna


SCARLETT Johansson - Bibir sempurna


HALLE Berry - Dagu sempurna


JANUARY Jones - Pipi sempurna


Bagi kategori lelaki pula,
Pipi sempurna - Leonardo DiCaprio


Kulit sempurna - Neil Patrick


Hidung sempurna - Jude Law


Mata sempurna - Hugh Jackman


Bentuk wajah sempurna - Jon Hamm


Bibir sempurna - Ashton Kutcher


Rambut sempurna George Clooney


Tubuh sempurna - Mark Wahlberg

No comments:

Post a Comment