Kata pujangga.....pengalaman akan mematangkan manusia. Semakin lama kita hidup, macam2 benda yang kita dah tempuh dan akan kita tempuh di masa yang mendatang. Semua itu aku anggap sebagai suka duka kehidupan seakan warna warni yang mencorakkan kanvas....sama ade warna warni itu akan menjadikan lukisan kita cantik dan terpampang di galeri atau berakhir di dalam tong sampah kerana kegagalan kita untuk menyajikan pandangan yang menarik padanya. Atau pun terhasilnya lukisan yang abstrak kerana terlalu banyak untuk diluahkan dalam 1 1 lukisan. Boleh jadi juga, kita merahsiakan sesuatu dan hanya org yg melihat dari mata hati saja bisa merungkainya....
Begitulah juga hidup......suka duka, sedih gembira pasti akan datang...tetapi sebagai manusia yang waras, setiap dugaan yang mendatang harus dilalui dengan tenang. Sama ada dugaan itu akan menjadikan seorang yang lebih kuat dan tabah atau kita akan terus dibawa arus dugaan sehingga akhirnya menjadi seorang yang lemah semangat, tersadai dan gagal dalam hidup... Boleh jadi juga, kita akan keliru kerana menyelesaikan masalah hidup bukan semudah menyelesaikan masalah dalam subjek algebra...dah ade setting formula, ikut betul2 mesti jumpa jawapan... Tapi masalah hidup mesti diselesaikan dengan penuh pertimbangan kerana segala akibat dari keputusan itu, yg baik atau yg buruk, kita sendiri yang tanggung...
Hiiii....1st entry dah kusut...hehehe...x pelah kita go slowly...pasni, saya nak kongsikan kisah dan perjalanan hidup saya. Mungkin ade org diluar sana yang ade pengalaman yang sama dan nak kongsikan pendapat...dialu2 alukan....jumpa lagi...
Wednesday, February 23, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)